10 September, 2007

Just for a quick laughSep 10, '07 12:19 PM
for everyone
Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat
pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak
selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam
cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah
dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang
dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini
baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua
tentang perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat,
lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

No comments:

Newer Post Older Post Home